Let's study with ila

BELAJAR?apa maksud nya?tak tahu?kena lah tengok kamus ye.Bagi saya belajar tu adalah menuntut ilmu untuk masa hadapan kita.Kalau you all adalah sebaya saya,fifteen years old,konfemlah PMR yang paling mencabar.DUP DAP DUP AP jantung ni bila fikir PMR.
Dah ready ke you all nak PMR?ini bukan perkara main-main,even masih ada yang lagi penting,tapi PMR pun di kira penting sebab menentukan sekolah mana yang akan kita pilih seterusnya,pernah tak you all rasa macam was-was nak PMR?soalan yang biasa dilalui oleh budak PMR ialah,
"Eh,betul ke kita dah nak PMR?", "eh?betul ke kita dah Form 3?", "eh?aku tak ready lagi nak PMR.", eh aku,eh aku.Semua macam belum sedar yang mereka memang di dunia realiti.Tak salah nak berangan,tapi jangan lah sampai dah tiba masa peperiksaan pun nak berangan.Melampau tuh.Bangun lah cepat dan bukak mata luas- luas beb,tinggal berapa hari lagi nak PMR,usahanya mana?periksa pertama macam mana?perubahan apa yang telah dilakukan kita?macam mana nak score?kalau tak belajar.(T.T)
Hui,rakan-rakan,jangan panik,belum terlambat.Mulai hari ini kenalah tukar cara kita belajar dan azam kita untuk score PMR.Saya nak share tentang teknik belajar berkesan yang saya tahu untuk impove marks saya yang sebelum ni kurang memberangsangkan.huhu.So,you all boleh pilih nak try atau tidak,kerana semuanya terpulang kepada kita ntuk melakukan perubahan okay.Jom.
1.Jangan anggap PMR sebagai beban.
2.  Cari kelemahan dalam subjek apa dan senaraikan
3.  Sentiasa berikan 100% fokus bila cikgu mengajar (lebih mudah faham dan ingat)
4.  Baca semula nota atau latihan yang cikgu beri(tak lupa)
5.  Buat nota ringkas(80% dari benda yang kita belajar akan hilang jikalau kita tidak baca dalam masa 24 jam)
6.  Makan makan yang boleh membantu kecerdasan otak dan tubuh badan
7.  Mengamalkan surah yang membantu kita mudah menerima pelajaran
8.  Buat latihan supaya lebih ingat dan faham
9.  membaca buku lebih awal sebelum cikgu ajar
10.  Jangan sesekali melihat sesuatu yang boleh menyebabkan kita lupa
11.  Jangan buat salah dengan ibu bapa kerana restu mereka sangat penting.
12.  Banyakkan minum air suam berbanding gas dan air sejuk.
13.  Buat nota dengan cara peta minda agar mudah ingat.
14.  Jangan mambaca buku last minute!Elakkan.
15.  Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai manusia ciptaanNYA.

Haish,macam banyak je yang nak kena buat,kan kan?kalau nak berjaya kenalah bersusah payah,baru boleh berjaya.Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.Usaha itu tangga kejayan tau.Jangan putus asa.Ingat tu.


Buku-buku yang memenuhi rak buku