Sahabat


Tumblr_l9ufesu5il1qc5n53o1_500_large


Awak... saya minta maaf banyak2 sebab saya tak pernah memahami hati awak. saya tahu perasaan awak hanyalah untuk saya, saya juga tahu awak setia menunggu saya. hingga saat itu..

Awak... salahkah kalau kita berkawan sahaja? hati saya telah dimiliki dan saya tak mungkin untuk berpaling darinya. saya harap awak faham tentang itu. tapi awak... sekarang baru saya mengerti betapa saya juga sayangkan awak, sayang seorang sahabat rupa-rupanya ada sedikit ruang dalam hati saya ini untuk awak. saya tak pernah sedar semua itu. Awak... awak cakap awak akan tunggu saya sampai bila2. 

tapi haritu segalanya berbeza. awak dah bertemu seseorang yang mampu menyayangi awak seadanya, namun, hati ini tetap terusik. bila berita itu singgah di telinga, mengapa hati ini begitu kecewa? mengapa air mata ini begitu senang mengalir? Adakah saya turut menyayangi awak lebih dari seorang sahabat?? tak mungkin... sayang saya untuk awak hanya sebagai seorang sahabat. tapi mengapa diri ini harus begitu sedih dan kecewa?

mengapa diri ini tiba2 menjadi keliru? yaALLAH... saya sepatutnya mendoakan kebahagiaan awak. tapi mengapa saya sukar untuk menerima kenyataan awak tu..

mungkin inilah yang awak rasa bila awak tahu hati saya sudah dimiliki oleh seseorang. kepedihan inikah yang awak tanggung dahulu?? jika benar, saya minta maaf banyak2. baru kini saya mengerti perasaan kecewa awak dulu. betapa awak begitu mengharapkan saya dahulu, maafkan saya kerana telah mengecewakan awak. tapi awak harus ingat.. saya tetap sayangkan awak sebagai seorang sahabat yg setia andai awak telah benar2 bertemu seseorang yang telah berjaya menawan hati awak, saya doakan awak bahagia. saya doakan dia takan mengecewakan awak. seperti mana saya mengecewakan awak. semoga awak dan dia berbahagia.
walau apa pun yang terjadi ikatan persahabatan antara kita tetap utuh. insyaALLAH.. Saya berjanji..akan menyimpan segala kenangan persahabatan kita, segala jasa dan budi awak.. akan tetap saya ingati. 
terima kasih sahabat... sebelum diri ini menjadi lebih keliru saya ingin memohon maaf kerana tidak pernah memahami isi hati awak.. kerana membuatkan awak penat menunggu, kerana membiarkan awak kecewa dengan cerita bahagia saya, kerana segala-galanya...

P/S : SAYA MINTA MAAF AWAK! :(